Telefon Pintar Honor Akan Mula Menerima Android 6.0 Marshmallow Bermula Februari 2016

Telefon Pintar Honor Akan Mula Menerima Android 6.0 Marshmallow Bermula Februari 2016

Diterbitkan pada November 2, 2015 oleh .

Pihak Honor sebelum ini telah mengatakan bakal menawarkan versi ujian beta Android 6.0 Marshmallow untuk Honor 7 dalam beberapa minggu lagi – dan kini melalui Honor India, mereka turut berkongsi berkenaan peranti yang bakal menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow.

Honor Marshmallow

Daripada gambar yang dikongsikan, Android 6.0 Marshmallow akan hadir kepada sejumlah peranti Honor bermula Februari 2016 kelak. Antara peranti yang akan menerimanya termasuklah Honor 7, Honor 6, Honor 6 Plus, Honor 4X dan juga Honor 4C.

Ia sesuatu yang menarik untuk melihat Honor mengumumkan sokongan ersi terbaru Android untuk pengguna mereka – dan pada masa yang sama meyakinkan lagi pengguna untuk mendapatkan peranti mereka.

Seperti ramai sedia maklum, Honor menggunakan antaramuka mereka tersendiri, dinamakan EMUI – dan mungkin itu sebabnya mengapa ia mengambil masa yang sedikit lama sebelum kemaskini tersebut ditawarkan. Selain peranti Honor, mungkin peranti Huawei turut akan menerima kemaskini serupa dalam tempoh lebih kurang sama.


TIPS & ULASAN