HTC Desire 828 – Telefon Pintar Siri Desire Pertama Yang Hadir Dengan Sokongan OIS
HTC

HTC Desire 828 – Telefon Pintar Siri Desire Pertama Yang Hadir Dengan Sokongan OIS

Diterbitkan pada November 2, 2015 oleh .

HTC mempunyai kebiasaan untuk memperkenalkan sejumlah peranti baru pada sesuatu masa. Selepas memperkenalkan One A9 dan juga One M9e, kini mereka turut mengumumkan satu lagi telefon pintar baru – kali ini dibawah keluarga Desire, iaitu HTC Desire 828.

HTC Desire 828

HTC Desire 828 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip MediaTek MT6753, serta memori 2GB RAM. Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah sokongan kamera belakangnya, dimana ini adalah kali pertama HTC melengkapkan sokongan penstabilan imej optikal (OIS) pada siri peranti Desire. Ia hadir dengan sensor 13-megapixel untuk rakaman gambar dan video yang cantil dan stabil walaupun ketika tangan anda tidak begitu stabil atau bergerak.

Untuk rakaman selfie, telefon pintar ini hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel. SOkongan dwi-SIM dan 4G LTE turut disertakan pada telefon pintar ini.

HTC Desire 828

HTC Desire 828 turut membawakan rekaan menarik daripada pengeluar peranti Taiwan berkenaan, dan turut melengkapkan ia dengan dwi-speaker stereo pada bahagian hadapan. Dari segi perisian, ia dijana menggunakan Android 5.1 Lollipop serta antaramuka HTC Sense 6.0.

Telefon pintar ini membawakan tanda harga RMB 1599 di China, iaitu sekitar RM1087 mengikut nilai tukaran semasa. Pihak HTC tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk memperkenalkan peranti ini di pasaran global buat masa ini.


TIPS & ULASAN