Selangor Akan Menaik-Taraf Kelajuan WiFi Percuma Mencapai 30Mbps Menjelang Penghujung 2015

Selangor Akan Menaik-Taraf Kelajuan WiFi Percuma Mencapai 30Mbps Menjelang Penghujung 2015

Diterbitkan pada November 2, 2015 oleh .

Dengan perkembangan internet dari hari ke hari, pelbagai kerajaan negeri di Malaysia mula menawarkan akses WiFi percuma yang lebih pantas dari hari ke hari. Terkini, Selangor yang sedia terkenal dengan penawaran WiFi Selangorku mengumumkan akan menambah-baik kelajuan yang ditawarkan olehnya.

Pada hari ini, terdapat sesetengah hotspot menawarkan kelajuan sehingga 8Mbps. Kerajaan Selangor mengumumkan mereka akan menambah-baik penawaran berkenaan kepada kelajuan sehingga 30Mbps menjelang penghujung tahun kelak.

Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa kawasan yang masih menawarkan akses internet pada kelajuan rendah, dan ada yang tidak stabil buat masa ini, Kerajaan Selangor mengatakan mereka akan memantaunya dan memastikan setiap hotspot beroperasi dengan efisyen dari semasa ke semasa.

Buat masa ini, kerajaan Selangor masih tiada sebarang saluran untuk menerima maklumbalas berkenaan perkhidmatan berkenaan – dan mengatakan pengguna boleh menghubungi pihak Telekom Malaysia jika mengalami sebarang masalah.


TIPS & ULASAN