Cincaibuy: Laman E-Dagang Dengan Penawaran Produk Terus Dari China

Cincaibuy: Laman E-Dagang Dengan Penawaran Produk Terus Dari China

Diterbitkan pada Dis 2, 2015 oleh .

Hari demi hari semakin banyak laman memfokuskan jual beli atas talian hadir di Malaysia. Bermula beberapa tahun lepas, kepercayaan pengguna terhadap pembayaran atas talian juga saban hari semakin meningkat malah dengan kempen-kempen menarik seperti MyCyberSale turut memupuk kepercayaan pengguna dalam transaksi atas talian. Salah satu laman jual beli atas talian yang popular iaitu Cincaibuy turut menyertai dalam arena ini, membawakan pelbagai pilihan produk untuk pengguna.

Salah satu perkara menarik mengenai Cincaibuy adalah ia membawakan barangan dan produk dari negara China. Sepertimana yang sedia maklum, China mempunyai gedung membeli-belah atas talian terbesar di dunia, dan mungkin anda mengalami kesukaran mengetahui dan memilih produk yang dijual kerana ia dijual dalam bahasa Cina. Menerusi Cincaibuy, laman jual beli atas talian ini memudahkan pengguna untuk melihat dan mengetahui produk dari China, dan membolehkan pengguna membelinya. Malah bukan sahaja bagi tujuan membeli dari China, penjualan dari negara-negara lain juga dan pada masa akan datang, Cincaibuy akan turut menyenaraikan barangan yang berasal dari Taiwan, Amerika Syarikat, dan Thailand.

Mungkin tidak ramai mengetahui yang Cincaibuy turut menawarkan aksesori peranti elektronik seperti kerangka luaran telefon pintar dan tablet selain dari baju lelaki wanita dan kanak-kanak, beg, perhiasan rumah, aksesori perhiasan, alatan bersukan, kasut dan sebagainya. Salah satu perkara menarik mengenainya adalah dengan penawaran produk terus dari China, Cincaibuy turut menawarkan aksesori untuk peranti yang baru saja memasuki pasaran Malaysia. Seperti contoh kerangka luaran untuk Sony Xperia Z5 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas sudah boleh dibeli menerusi Cincaibuy.

TB1cGfJGVXXXXXJXVXXXXXXXXXX_!!0-item_picLaman jual beli Cincaibuy juga turut menawarkan produk yang spesifik dan khusus, lain dari yang lain. Seperti contoh jika anda pengguna peranti Kindle, mungkin ia satu perkara yang sukar buat anda mencari aksesori tersebut di Malaysia kerana Kindle tidak memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Dengan laman Cincaibuy, mereka turut menyertakan aksesori untuk Kindle, membolehkan pengguna produk unik ini mendapatkan aksesori dan juga melakukan pembelian untuk barangan lain yang tidak mudah diperoleh di Malaysia.

Jika anda merasakan skeptikal dengan produk-produk dari China, ketahuilah bahawa dari jutaan produk-produk yang berasal dari China, mereka juga merupakan pengeluar komponen terkemuka seperti Foxconn Technologies yang juga menghasilkan peranti iPhone. Banyak sebenarnya produk-produk yang berkualiti yang dihasilkan di China. Di laman Cincaibuy, mereka turut menjual produk berkualiti dan bergaya daripada pakaian, aksesori, beg tangan, sehinggalah kepada aksesori peranti. Terdapat juga banyak pilihan rekaan yang menarik yang pasti membuatkan anda rambang mata memilihnya.

amanz_collection

Khusus buat pembaca kami, Cincaibuy turut mengadakan promosi dimana dengan dua pembelian barangan dari Cincaibuy, pembeli tidak perlu membayar caj penghantaran. Penghantaran produk adalah terus dari China, dan akan memakan masa selama 14 hari bekerja. Pembayaran pula boleh dilakukan secara atas talian dan sekiranya pengguna mempunyai sebarang pertanyaan, Cincaibuy boleh dihubungi menerusi talian telefon tempatan.

Mari membeli-belah: Cincaibuy

Penafian: Advertorial dari Cincaibuy


TIPS & ULASAN