Cari @ Amanz

Zipit ChatPermesejan telah menjadi salah satu komponen utama dalam kehidupan harian kita. Boleh dikatakan ramai yang kini menggunakan aplikasi permesejan seperti WhatsApp, WeChat, LINE dan sebagainya untuk berinteraksi – malah ada yang menggunakannya untuk menghantar beberapa info sulit yang mungkin berbahaya jika terdedah kepada pihak ketiga.

Untuk mengelakkan anda menjadi mangsa sekuriti, salah satu aplikasi yang menawarkan bentuk komunikasi yang selamat dan terlindung daripada permasalahan sekuriti adalah Zipit Chat. Zipit Chat adalah aplikasi permesejan yang telah dilancarkan oleh Celcom tidak lama sebelum ini.

Menerusi aplikasi Zipit Chat, ia menawarkan pelbagai perlindungan bagi menjamin sekuriti pengguna. Setiap mesej yang dihantar dan diterima menggunakan penyulitan (encryption) tinggi bertahap ketenteraan. Bukan sahaja mesej, malah perbualan menerusi aplikasi ini, nota, gambar, email, dan segala material yang dihantar akan dilindungi oleh aplikasi ini.

zipit screen

Bagi menepati tahap sekuriti yang tertinggi, aplikasi ini sentiasa memerlukan pengguna untuk memasukkan kata laluan sebelum menggunakan aplikasi Zipit Chat. Ini sekaligus mencegah perbualan anda diakses secara terus oleh orang lain. Malah bagi aplikasi Zipit Chat versi Android, terdapat fungsi untuk menghalang perlakuan merakam skrin aplikasi (screen capture).

Satu lagi fungsi yang popular pada aplikasi permesejan adalah kebolehan untuk menghapuskan mesej secara automatik. Pengguna Zipit Chat juga boleh menetapkan tetapan tersebut, membolehkan mesej yang dihantar hanya tersedia untuk beberapa ketika, dan akan dihapuskan setelah penerima membacanya. Dan jika anda benar-benar tidak ingin mendedahkan yang anda sedang menggunakan Zipit Chat, fungsi ‘Stealth Mode’ akan membuatkan anda kelihatan seperti tidak menggunakan aplikasi tersebut.

Jadi, mengapa anda perlu memilih aplikasi permesejan yang lain ini berbanding ZipitChat?

Penafian: Advertorial dari Zipit Chat

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd