Cari @ Amanz

Samsung mempunyai beberapa aplikasi yang khusus untuk pengguna peranti Galaxy. Terkini, salah satu aplikasi yang diperkenalkan untuk pengguna Galaxy S6, Galaxy Note 5, Galaxy Note 4, Galaxy Tab S2, Galaxy View dan beberapa yang lain adalah Soundcamp.

Samsung Soundcamp

Soundcamp merupakan salah satu aplikasi mudah-alih yang menawarkan beberapa fungsi seperti pada sistem rakaman di studio. Pengguna boleh membuat kawalan audio menggunakan beberapa instrumen maya seperti piano, drum dan sebagainya – selain turut merakamkan ia daripada peralatan muzik dengan menghubungkan terus ke peranti mudah-alih.

Selain merakamkan muzik, pengguna turut boleh membuat penyuntingan – sekaligus memudahkan pengguna mengabungkan muzik, audio dan sebagainya menggunakan skrin peranti mudah-alih.

Aplikasi ini telah diperkenalkan secara rasminya pada tahun lepas, tetapi melalui kemaskini baru, Samsung menyertakan sokongan untuk beberapa peranti terkini, selain menyertakan fungsi baru seperti membuat loop, selain turut memilih lebih daripada 250 audio berbentuk loop yang disediakan oleh Loopmasters.

Bagi anda yang berminat dalam arena muzik dan sering bermain dengan instrumen muzik, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini ke peranti Samsung anda dan mencubanya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd