Microsoft Mewajibkan Penggunaan Windows 10 Pada Semua PC Baru Yang Dijual Selepas 31 Oktober 2016

Microsoft Mewajibkan Penggunaan Windows 10 Pada Semua PC Baru Yang Dijual Selepas 31 Oktober 2016

Diterbitkan pada November 3, 2015 oleh .

Sistem operasi Windows 10 kini digunakan lebih 120 Juta komputer di seluruh dunia. Kadar penggunaan sistem operasi ini adalah tinggi kerana Microsoft memberikan kemas kini secara percuma kepada pengguna yang menggunakan sistem operasi lama mereka. Secara peribadi kami menggemari rupa dan kelancaran Windows 10. Sungguhpun begitu kami juga ada beberapa teman yang masih berkeras menggunakan Windows 7 kerana mereka lebih selesa dengan antaramuka klasik yang amat berbeza dari apa yang digunakan pada Windows 10.

Sekiranya anda mahu membeli PC baru yang tidak menggunakan Windows 10 anda mempunyai masa sehingga 31 Oktober 2016 untuk memilikinya. Microsoft sudahpun mengeluarkan arahan bahawa PC baru yang dijual selepas tarikh ini wajib menggunakan Windows 10. Pada waktu yang sama mereka turut memperlihatkan jadual lengkap tempoh sokongan untuk versi-versi Windows terdahulu.Windows Vista akan disokong sehingga 11 April 2017, Windows 7 sehingga 14 Januari 2020 dan Windows 8.1 sehingga 10 Januari 2023. Sokongan untuk Windows XP sudahpun berakhir pada 8 April 2014.

Windows-Life-Cycle

 


TIPS & ULASAN