Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah mengadakan acara media mereka untuk rantau Asia Tenggara di Malaysia, menyaksikan pelancaran telefon pintar Redmi Note 2 secara rasminya untuk pasaran luar China. Xiaomi menekankan yang mana Redmi Note 2 membawakan kuasa pemprosesan tinggi, tetapi pada harga yang mampu dimiliki oleh ramai pengguna.

Xiaomi Redmi Note 2

Xiaomi Redmi Note 2 hadir dengan menggunakan cip pemprosesan Helio X10, yang mana membawakan rekaan cip lapan-teras, dan kesemua teras menawarkan kepantasan pemprosesan 2.0Ghz. Seperti ramai sedia maklum, cip sama digunakan oleh telefon HTC One M9+ – iaitu telefon flagship daripada HTC pada tahun ini. Telefon pintar ini turut menggunakan memori 2GB RAM, dilengkapi ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD, serta bateri berkapasiti 3060mAh. Untuk paparan, ia menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1080×1920 pixel.

Xiaomi sendiri ketika mempersembahkan peranti ini, mereka membandingkan Redmi Note 2 dengan telefon flagship daripada tahun ini dan tahun 2014 – menyaksikan ia menawarkan kuasa pemprosesan yang tinggi berbanding yang lain, dan kali pertama mereka membandingkannya berbanding telefon flagship berbanding perbandingan dengan telefon berspesifikasi pertengahan sebelum ini.

Redmi Note 2

Redmi Note 2

Redmi Note 2

Untuk rekaan kerangka, ia menggunakan kerangka berasaskan polikarbonat, dan kerangka belakang boleh ditanggalkan pada bahagian belakang. Perkara sama juga untuk baterinya, dimana ia boleh ditanggalkan – tidak seperti beberapa peranti lain di pasaran. Beberapa pilihan warna turut hadir, termasuk antaranya biru, merah jambu, hitam dan sebagainya. Pengguna juga boleh membeli kerangka luar tambahan dan mengubah ia mengikut warna kegemaran dengan mudah.

Pada bahagian belakang telefon ini, Xiaomi Redmi Note 2 membawakan kamera dengan sensor 13-megapixel daripada Samsung, dan menyokong Phase Detection Autofocus (PDAF). Xiaomi mengatakan PDAF sering digunakan pada kamera DSLR, dimana ia menghitung secara automatik untuk membuat fokus terhadap gambar dengan pantas. Pada hari ini, kebanyakkan telefon pintar menggunakan teknologi contrast autofocus dan tidak menghasilkan gambar yang begitu cantik atau kadang-kala memerlukan pengguna fokus berkali-kali untuk mendapatkan gambar yang baik. Untuk PDAF pula, ia menganalisa dua gambar yang tidak difokuskan, dan seterusnya mengoptimasikan lensa kamera untuk rakaman fokus yang baik. Jikalau dibandingkan dalam bentuk masa pemfokusan, Redmi Note 2 boleh memfokuskan kepada gambar dalam masa 0.1 saat. Untuk kamera hadapan pula, Redmi Note 2 hadir dengan kamera 5-megapixel yang turut dilengkapi sokongan Beautify.

Redmi Note 2

Dari segi skrin paparan, skrin 5.5-inci di Xiaomi Redmi Note 2 turut menyertakan teknologi Sunlight Display yang mengoptimasikan paparan skrin mengikut keadaan cahaya pada persekitaran. Redmi Note 2 turut menyertakan teknologi dinamakan Night Display yang mengurangkan kecerahan skrin sehingga 5 kali berbanding kebiasaan supaya mata pengguna tidak sakit ketika menggunakan peranti pada keadaan gelap. Sokongan Reading Mode turut disertakan pada telefon pintar ini yang mengoptimasikan skrin untuk pembacaan yang lama.

Untuk sistem operasi pula, Redmi Note 2 hadir dengan sistem operasi MIUI7 terkini, menyertakan beberapa fungsi baru termasuk tema-tema baru, fungsi Child Mode, kemaskini pada antaramuka dan ikon, fungsi Daily Lockscreen yang menawarkan gambar-gambar baru setiap hari, serta menjadikan telefon lebih responsif, serta menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih baik. Xiaomi mengatakan sering kali, sebahagian besar bateri digunakan oleh aplikasi yang berjalan di latar. Memahami masalah ini, mereka mengoptimasikan MIUI7 dengan membuat aplikasi tidak sering mengakses tenaga pemprosesan pada latar, dan hanya melakukannya serentak dengan pelbagai aplikasi lain pada sesuatu masa.

Satu lagi ciri menarik yang turut disertakan oleh Redmi Note 2 adalah integrasi sokongan sensor infrared yang membolehkan pengguna untuk mengawal televisyen, penghawa dingin dan sebagainya.

Xiaomi Redmi Note 2 di Malaysia akan berharga RM649, dan pra-tempahan untuknya boleh dilakukan bermula 11 November ini melalui laman Mi.com.

Redmi Note 2

Redmi Note 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd