Facebook Mengarahkan Pekerja Untuk Berhijrah Dari Peranti iOS Ke Android

Facebook Mengarahkan Pekerja Untuk Berhijrah Dari Peranti iOS Ke Android

Diterbitkan pada November 3, 2015 oleh .

Sistem operasi peranti pintar yang paling popular di kalangan pekerja industri teknologi di Amerika Syarikat ialah iOS. Tidak mengejutkan aplikasi iOS kerap mempunyai rekaan lebih baik dan lancar berbanding pada platform lain seperti Android dan Windows Phone. Terdapat kecenderungan oleh pihak pembangun untuk menjadikan versi iOS kerana mereka sendiri menggunakan peranti Apple. Kerap kali juga versi iOS akan muncul dan mendapat kemas kini lebih awal berbanding sistem operasi lain.

Facebook Android Baru

Di Facebook mereka cuba melakukan perubahan drastik dengan memaksa pekerja untuk berpindah kepada Android. Ini diumumkan oleh Chris Cox, CFO di Facebook yang mengarahkan sebahagian besar pekerja untuk berhijrah ke sistem operasi paling popular dunia ini. Tindakan ini dilakukan bukan kerana iOS bermasalah sebaliknya adalah kerana majoriti 1.5 Billion pengguna Facebook melayari laman media sosial ini menggunakan peranti Android. Hanya dengan menggunakan peranti Android mereka akan lebih memahami masalah yang dilalui pengguna ketika menggunakan aplikasi yang sedang dibangunkan.

Pada waktu yang sama Facebook menganjurkan acara 2G Tuesday setiap hari selasa di kampus mereka di Menlo Park. Apabila aplikasi Facebook dibuka di dalam kampus, mereka akan diberikan pilihan untuk menggunakannya pada kelajuan 2G selama sejam. Ini sekali lagi bagi memberikan pekerja pengalaman seperti tinggal di negara yang tidak mempunyai akses kepada Internet berkelajuan tinggi. Dengan adanya inisiatif penggunaan Android dan 2G Tuesday ini mereka diharap dapat menghasilkan aplikasi yang lebih pantas digunakan oleh majoriti pengguna Facebook. DI akhir hari ini adalah inisiatif yang harus dipuji kerana Facebook menyedari keperluan majoriti pengguna mereka harus diberi keutamaan berbanding pengguna yang menggunakan peranti mewah dan mempunyai kelajuan Internet yang pantas.


TIPS & ULASAN