Cari @ Amanz

Activision Blizzard yang sedia terkenal dalam arena permainan hari ini membuat pengumuman mengejut, dimana mereka mengambil-alih penerbit permainan popular Candy Crush Saga, iaitu King pada nilai keseluruhan mencapai $5.9 bilion (~RM25.26 bilion).

Activision Blizzard terkenal sebagai pengeluar francais permainan ternama seperti Call of Duty, World of Warcraft dan StarCraft. Ketiga-tiga permainan ini menjadi pilihan pemain komputer tegar kerana kualiti grafik yang tinggi serta memerlukan pemain mempunyai kefahaman strategi yang tinggi. Tahun lalu mereka mencatatkan keuntungan mencecah $4.4 Billion. Sebuah filem Warcraft juga akan muncul di layar perak tahun hadapan.

Candy Crush Saga

Melalui pengambil-alihan ini, Activision Blizzard boleh memperluaskan pengguna permainan mereka bukan hanya kepada pemain di konsol dan PC sahaja, sebaliknya turut menambah angka pengguna pemain kasual dan juga wanita. Candy Crush Saga adalah antara permainan aplikasi pintar yang paling menguntungkan pernah dihasilkan dengan pembelian dalam aplikasi mencecah $1.4 Billion tahun lalu.

Seperti ramai sedia maklum, King sedia terkenal dalam arena permainan Candy Crush – dimana beberapa variasi daripadanya turut telah hadir akhir-akhir ini. King walaupun melalui proses pengambil-alihan, masih akan beroperasi sebagai unit berasingan buat masa ini – sekaligus memberikan mereka lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan hadir dengan pelbagai permainan menarik untuk pengguna kasual dan peranti mudah-alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd