Move! – Power Bank Dengan Sistem Pengecasan Tanpa Wayar Terbina Untuk Apple Watch

Move! – Power Bank Dengan Sistem Pengecasan Tanpa Wayar Terbina Untuk Apple Watch

Diterbitkan pada November 3, 2015 oleh .

Power bank dengan pelbagai kapasiti boleh dibeli di Malaysia dengan cukup mudah. Ianya amat diperlukan di dalam situasi peranti pintar yang anda miliki mula kehabisan bateri dan anda tidak mempunyai akses kepada palam kuasa. Sebelum ini ada kami paparkan power bank tahan air yang sesuai digunakan untuk mereka yang gemarkan aktiviti luar. Kini wujud power bank khas dengan sistem pengecasan tanpa wayar untuk Apple Watch.

Move!-2

Move! ialah power bank berkapasiti 4400 mAh yang direka khas untuk dua peranti popular iOS iaitu iPhone dan Apple Watch. Terdapat dok pengecasan khas dengan kabel lighthing yang membolehkan iPhone dicas secara menegak. Pada waktu yang sama terdapat kawasan khas pengecasan tanpa wayar untuk sebuah Apple Watch. Terdapat sebuah port USB untuk penyambungan sevbagApabila kehabisan bateri Move! boleh dipasang terus kepada palam elektrik tanpa memerlukan wayar tambahan. Ini sememangnya sebuah produk yang pasti menambat hati pengguna Apple tegar. Harga jualan Move! ialah $129 (RM 553)sebuah.

Move!-1

 


TIPS & ULASAN