Microsoft Mengurangkan Penawaran Storan Percuma OneDrive Daripada 15GB Kepada 5GB

Microsoft Mengurangkan Penawaran Storan Percuma OneDrive Daripada 15GB Kepada 5GB

Diterbitkan pada November 3, 2015 oleh .

Microsoft hari ini membuat beberapa perubahan pada penawaran storan awan mereka, OneDrive, terutamanya dari segi penawaran ruangan storan. Menurut Microsoft, kini untuk pelanggan Office 365 yang sebelum ini ditawarkan ruangan storan tanpa had, Microsoft mengubahnya menjadi terhad kepada 1TB sahaja.

OneDrive

Disamping itu, pada masa yang sama, Microsoft mengubah ruangan storan percuma mereka daripada 15GB kepada 5GB pada OneDrive. Microsoft juga tidak akan lagi menawarkan bonus ruangan storan tambahan percuma 15GB apabila pengguna memuat-naik Camera Roll pada OneDrive. Perubahan ini akan mula dilakukan bermula daripada awal 2016 kelak.

Menurut pihak Microsoft, perubahan untuk pengguna Offie 365, dimana ia diubah daripada tanpa had kepada 1TB adalah kerana ramai pengguna menyalah-gunakannya, dan menyimpan koleksi filem, dan sebagainya menggunakannya. Ada beberapa pengguna yang menggunakan lebih daripada 75TB storan pada OneDrive melaluinya, membuatkan pihak Microsoft terpaksa melakukan perubahan ini. Menurut Microsoft, pengguna yang telah menggunakan lebih daripada 1TB akan dapat kekal menyimpannya untuk tempoh 12 bulan akan datang, sebelum ia diubah menjadi 1TB.

Perkara sama juga untuk pengguna percuma, dimana jika anda menggunakan lebih daripada 5GB, anda masih dapat mengakses kandungan anda untuk tempoh 12 bulan akan datang, sebelum ia diubah kepada terhad 5GB.


TIPS & ULASAN