Cari @ Amanz

Intel Compute Stick merupakan salah satu peranti berbentuk dongle HDMI yang boleh dihubungkan kepada televisyen atau skrin monitor – melalui port HDMI. Ia telah dijual di Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini, pihak Intel Malaysia turut menawarkan kandungan percuma daripada iFlix bersama-sama pembeliannya.

Intel Compute Stick

Intel Compute Stick hadir bersama cip Intel Atom, dan menggunakan Windows 8.1 Bing. Ia turut hadir dengan memori 2GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia turut hadir dengan sokongan mikro-SD. Pengguna perlu menghubungkan ia kepada port HDMI, dan perlu menggunakan papan kekunci dan tetikus untuk mengawalnya. Sebagai alternatif, aplikasi papan kekunci maya turut disediakan untuk digunakan bersama-sama peranti Android anda.

Untuk tempoh terhad – sehingga 30 November 2015, pihak Intel Malaysia kini menawarkan langganan iFlix selama 12 bulan bersama-sama pembelian Intel Compute Stick. Intel Malaysia mengatakan pengguna boleh mendapatkan langganan tersebut dengan menghantar bil bukti pembelian Intel Compute Stick kepada pihak mereka melalui Facebook.

Intel Compute Stick ditawarkan di Malaysia pada harga RM599, dan penawarannya masih terhad di beberapa buah kedai sahaja buat masa ini. Selain Intel, beberapa pengeluar lain turut telah mula menawarkan peranti yang lebih kurang sama pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd