Opera merupakan salah satu pelayar web yang diminati oleh ramai pengguna peranti mudah-alih, dimana salah satu fungsi yang disertakan adalah kebolehan untuk membuat pemampatan data (data compression), sekaligus menjimatkan penggunaan data internet mereka.
Terkini, hari ini pihak Opera telah memperkenalkan kemaskini untuk pelayar web Opera untuk Android (berbeza dengan Opera Mini untuk Android), dimana mereka telah memperkenalkan penggunaan logo baru mereka – disamping menyertakan salah satu fungsi baru, iaitu kebolehan pemampatan video (video compression).
Melalui fungsi ini, pengguna akan dapat menjimatkan penggunaan data ketika memainkan video, dan pada masa yang sama tidak perlu menunggu lama untuk sesuatu video dimainkan.
Bagi mengaktifkannya, pengguna hanya perlu kel laman tetapan, memilih Data Savings, dan mengaktifkan fungsi Video Compression.
- Muat-Turun Opera untuk Android