Cari @ Amanz

Ramai sedia maklum yang mana Samsung mempunyai bahagian kamera digital dan pengeluar dari Korea Selatan berkenaan sedia hadir dengan beberapa kamera digital yang amat baik. Walaubagaimanapun, ia boleh dikatakan tidak begitu menyerlah dari segi pegangan pasaran jikalau dibandingkan dengan beberapa pengeluar lain.

Samsung NX500

Terkini, beberapa desas-desus baru hadir mengatakan Samsung mungkin menamatkan bahagian kamera dan perniagaan kamera digital mereka, sekaligus tidak lagi mengeluarkan sebarang kamera baru.

Ia dikatakan, Samsung akan memindahkan pekerja sedia ada kepada beberapa bahagian lain – termasuk bahagian kesihatan dan juga telefon pintar.

Seperti biasa, pihak Samsung tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd