Leet Academy Dilancarkan Untuk Melatih Graduan Menjadi Usahawan Teknologi

Leet Academy Dilancarkan Untuk Melatih Graduan Menjadi Usahawan Teknologi

Diterbitkan pada November 3, 2015 oleh .

Pada masa kini masih ramai graduan yang tidak mempunyai kerja meskipun mempunyai rekod pelajaran yang baik. Kadangkala mungkin kerja yang diberikan tidak bersesuaian, atau tidak menepati citarasa para graduan. Bagi mengurangkan masalah ini, pada minggu lepas iTrain Asia, 1337 Ventures & Talent Intelligence telah bekerjasama dengan TalentCorp menubuhkan Leet Academy, bagi melatih graduan menjadi usahawan teknologi.

Definisi usahawan itu sememangnya luas dan akademi ini lebih menekankan bidang teknologi bagi melatih graduan untuk mencipta startup dan perniagaan berteraskan teknologi. Menerusi kursus selama 9 minggu yang dikendalikan oleh Leet Academy, graduan yang menyertai akademi ini akan mempelajari bidang teknikal seperti pembangunan laman web, pemasaran digital, dan juga bidang lain seperti pengurusan bisnes, penjualan, dan banyak lagi.

Jika anda ingin menyertai akademi ini, anda perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan iaitu warganegara Malaysia, berumur 27 tahun kebawah, Timbunan Gred Purata diantara 2.0-3.0, dan juga masih tidak mempunyai pekerjaan. Untuk kemasukan pertama, seramai 50 peserta dicari dan peserta yang berminat akan melalui proses saringan menerusi sesi temuramah. Selepas kursus 9 minggu, peserta yang terpilih akan memperoleh 4 bulan tambahan untuk mengembangkan idea tersebut.

Sekiranya anda berminat dengan kursus yang dianjurkan oleh Leet Academy dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, anda boleh mendaftar di laman rasmi mereka secepat mungkin kerana kelas pertama akan bermula 23 November 2015.

Daftar: Leet Academy


TIPS & ULASAN