Signal merupakan salah satu aplikasi permesejan yang memfokuskan kepada privasi, dan ditawarkan secara percuma oleh Open Whisper Systems. Ia telah dilancarkan pada tahun lepas, dan menerima maklumbalas positif daripada pengguna seluruh dunia, termasuk Edward Snowden.
Kini, aplikasi sama turut diperkenalkan untuk para pengguna peranti Android. Melalui aplikasi Signal ini, ia melalui proses penyulitan ketika berkomunikasi, sekaligus mengelakkan sebarang pihak ketiga untuk mencuri dengarnya.
Aplikasi ini amat diminati oleh komuniti yang mementingkan privasi, malah dengan Edward Snowden sendiri yang menggunakannya – ia memberikan kesan yang positif terhadap pengguna aplikasi ini. Walaubagaimanapun, angka penggunanya boleh dikatakan tidak begitu tinggi buat masa ini.
Untuk menggunakannya, seperti biasa, pengguna hanya perlu mendaftarkan diri menggunakan nombor telefon, dan ia berfungsi seperti pelbagai aplikasi permesejan lain. Pengguna juga turut boleh memilih untuk menggunakan ia bagi menguruskan SMS dan MMS.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Signal ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.
- Muat-Turun Signal untuk Android