WhatsApp hari ini telah memulakan ujian fungsi yang dinamakan Starred Message untuk Android, membolehkan para pengguna menandakan sesebuah mesej daripada penghantar, dan melihatnya melalui sebuah halaman khusus.
Secara kasar, ia boleh dikatakan sebagai fungsi bookmark untuk sesuatu mesej untuk anda rujuknya pada bila-bila masa. Sebagai contoh, mungkin ada rakan anda yang menghantar gambar pada Group, dan anda ingin menyimpannya untuk dirujuk. Untuk tujuan tersebut, anda boleh menekannya untuk seketika dan klik pada ikon Star yang muncul pada bahagian menu.
Pengguna juga seterusnya boleh mengakses pelbagai menu yang telah ditandakan pada halaman khusus, tanpa perlu menatal keseluruhan mesej seperti sebelum-sebelum ini.
WhatsApp menguji fungsi ini pada aplikasi beta untuk Android terkini, dan tidak diketahui lagi bilakah mereka akan memperkenalkannya secara rasmi pada saluran stabil di Play Store.
- Muat Turun
- Muat-Turun WhatsApp untuk Android Beta