Kini Anda Boleh Like Di Twitter – Butang Favorites Digantikan Dengan Likes

Kini Anda Boleh Like Di Twitter – Butang Favorites Digantikan Dengan Likes

Diterbitkan pada November 3, 2015 oleh .

Twitter hari ini membawakan perubahan seumpama apa yang terdapat pada Periscope, iaitu penggunaan butang berbentuk love yang menandakan anda Like sesuatu Tweet berkenaan. Kemaskini ini diperkenalkan secara berperingkat untuk semua pengguna bermula hari ini.

Twitter Likes

Penggunaan butang love atau lebih dipanggil ramai sebagai heart ini akan menggantikan butang bintang sebelum ini yang dilabelkan sebagai favorites.

Selain pada Twitter, kemaskini sama juga turut diperkenalkan pada Vine.

Butang baru ini dapat dilihat pada Twitter web, TweetDeck, Twitter untuk Windows 10, Twitter untuk iOS dan juga Twitter untuk Android. Kemaskini sama turut akan hadir ke Twitter untuk Mac tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN