Google hari ini mengumumkan sebuah lagi fungsi baru untuk pengguna Inbox, dinamakan sebagai Smart Reply. Melalui fungsi ini, Google menggunakan kepintaran mesin untuk memahami sesuatu emel, dan menyediakan balasan ringkas yang bersesuaian dengannya.
Fungsi ini ditujukan kepada pengguna Inbox pada peranti mudah-alih, dimana mereka boleh menyemak emel, dan Inbox akan menyediakan beberapa respon yang mungkin berkait dengan emel yang diterima. Pengguna seterusnya boleh memilih untuk menghantar respon berkenaan dengan tap padanya terus, atau seperti biasa, boleh memilih untuk menaip balasan secara manual.
Google menggunakan teknologi pembelajaran pintar mereka untuk menyediakan respon untuk pengguna – dan seperti biasa, ia bertambah baik dari hari ke hari berdasarkan kepada penggunaan.
Fungsi Smart Reply ini akan diperkenalkan kepada pengguna Android dan iOS bermula minggu ini, dan ia akan terhad untuk penggunaan bahasa Inggeris sahaja buat masa ini.