Televisyen Baru Di Malaysia Bermula 2016 Akan Menyertakan Pelekat Khusus Jika Menyokong Siaran Digital

Televisyen Baru Di Malaysia Bermula 2016 Akan Menyertakan Pelekat Khusus Jika Menyokong Siaran Digital

Diterbitkan pada November 4, 2015 oleh .

Dengan perkembangan teknologi, ia turut memberikan kesan positif kepada arena penyiaran – dimana mereka beralih ke arah penyiaran berbentuk digital, yang mana menawarkan lebih pilihan kepada pengguna, serta penyiaran kandungan dalam bentuk resolusi yang lebih baik.

Perkhidmatan siaran digital akan dikendalikan oleh MYTV Broadcasting untuk fasa pertama, dimana mereka menyasarkan untuk meliputi lebih kurang 85% kawasan berpenduduk di Malaysia pada awalnya, sebelum diperluaskan kepada 98% menjelang penghujung 2016.

DTTV Malaysia

Dengan perkembangan ini, untuk memudahkan pembeli membeli televisyen yang tepat dan menyokong siaran digital ini, kerajaan hari ini mengumumkan pengenalan label khusus yang dipanggil “DTTB Malaysia”.

Label ini akan digunakan pada pelbagai televisyen baru yang mula tidak lama lagi, memudahkan pengguna mengenal-pasti televisyen yang manakah yang mampu menerima isyarat digital di Malaysia, sekaligus mengelakkan pengguna tersalah beli televisyen yang tidak sepatutnya.

Usaha ini akan dilakukan oleh SKMM dan SIRIM. Buat masa ini, menurut mereka, lebih kurang 168 model televisyen telah menerima pensijilan berkenaan – dan mungkin kita akan dapat melihat ia dipasaran tidak lama lagi. Kerajaan memberikan kebebasan kepada pengeluar televisyen dalam mempamerkan label khusus ini pada produk mereka selepas ia menerima kelulusan.


TIPS & ULASAN