Pengeluar Telefon Mewah, Vertu Kini Dimiliki Oleh Syarikat Pelabur Dari Hong Kong

Pengeluar Telefon Mewah, Vertu Kini Dimiliki Oleh Syarikat Pelabur Dari Hong Kong

Diterbitkan pada November 4, 2015 oleh .

Vertu merupakan salah satu jenama telefon pintar mewah yang popular, dimana mereka mempunyai beberapa penawaran peranti yang direkabentuk menggunakan kerangka berasaskan kulit, menggunakan kaca sapphire, dan dipasang menggunakan tangan.

Disamping itu, ciri-ciri tambahan seperti sokongan rencam turut disediakan untuk pelanggan mereka, disamping beberapa ciri-ciri tambahan.

Vertu Signature Touch

Terkini, ia dilaporkan syarikat Vertu telah beralih tangan kepada pihak baru, iaitu sebuah syarikat di Hong Kong dipanggil Godin Holdings dan juga beberapa pelabur persendirian.

Ini boleh dikatakan kali kedua Vertu beralih tangan, dimana sebelum ini ia dimiliki oleh Nokia dan telah dijual kepada syarikat pelaburan EQT VI. Jenama Vertu pada awalnya telah dimulakan oleh Nokia pada tahun 1998 dalam menawarkan peranti mewah kepada pengguna mereka. Ketika itu, ia menggunakan sistem operasi Symbian, sebelum beralih kepada Android beberapa tahun baru ini.

Seperti ramai sedia maklum, China dengan populasi yang tinggi, turut terkenal dengan permintaan untuk barangan berkualiti, premium serta mewah. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah syarikat baru akan menguruskan jenama Vertu. Tetapi boleh dikatakan mereka mempunyai prospek pemasaran yang meluas.

Sama-sama kita nantikan apakah perkembangan lanjut untuk jenama peranti Vertu ini.


TIPS & ULASAN