Carian
Facebook Ingin Membina Teleport Maya Menggunakan Oculus
November 4, 2015 Aman

Facebook telah mengambil-alih Oculus, pembangun peranti realiti-maya, pada harga mencapai $2 bilion sebelum ini. Kini, mereka mula berkongsi beberapa perkembangan dan perancangan masa depan untuk platform berkenaan.

Oculus Rift

Seperti ramai sedia maklum, Oculus Rift baru bakal dipasarkan bermula pada tahun hadapan, dan kini, pihak Facebook turut berkongsi perancangan untuk membina sebuah “teleport” menjelang tahun 2025 kelak.

Facebook menginginkan pengguna boleh ke mana-mana, dan meluangkan masa dengan sesiapa sahaja tanpa mengira lokasi seseorang.

Untuk menjayakannya, mereka akan menggunakan teknologi Oculus, dimana ia akan menggunakan pelbagai sensor terbina dalam memberikan pengalaman seperti berada di dunia sebenar apabila memakainya. Mereka juga sedang dalam proses kajian membuatkan daya pengguna menganggap dunia maya sebagai dunia nyata apabila menggunakan set kepala berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, topik teleport ini boleh dikatakan sesuatu yang menarik ramai minat ramai pengguna seluruh dunia, dan semestinya ia dinantikan ramai. Tidak mustahil juga kita melihat beberapa syarikat lain memfokuskan kepada arena sama, sebagai contoh Google – apatah lagi dengan mereka yang mempunyai pelbagai data seperti Street View dan sebagainya.

Komen