Cari @ Amanz

Filem Warcraft sudah dalam pembikinan sejak 2006 dan dihasilkan oleh Lagendary Picture. Filem ini adalah usaha pertama untuk membawa dunia Azeroth ke layar perak. Beberapa prop dari filem ini dipertotonkan kepada umum sejak proses perfileman bermula Januari tahun lalu. Menurut sumber filem ini akan menunjukkan kisah awal pertelingkahan dunia manusia dengan kaum Orc. Filem arahan Duncan James yang sebelum ini mengarahkan Moon dan Source Code dijangka menemui peminat Jun tahun hadapan.

Hari ini sebuah teaser awal diperlihatkan dan menunjukkan beberapa babak aksi pendek. Dari apa yang dilihat nampaknya rekaan watak filem menyerupai watak di dalam permainan video. Sekiranya anda peminat siri permainan komputer Warcraft, trailer penuh akan diperlihatkan Jumaat ini. Pada asalnya filem ini sepatutnya muncul Disember tahun ini tetapi dilengahkan bagi menyiapkan kesan khas digitalnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd