Sony Melancarkan Fon Telinga Khas Untuk PlayStation 4
Artikel Berkaitan

Sony Melancarkan Fon Telinga Khas Untuk PlayStation 4

Diterbitkan pada November 4, 2015 oleh .

Perkara yang paling kami gemar mengenai PlayStation 4 ialah terdapat jack fon kepala pada pengawal DualShock 4. Ini membolehkan kami bermain dengan tenang pada waktu malam tanpa membangunkan anak serta isteri yang sedang tidur. Ia juga menapis dialog kurang manis yang sering dilontarkan pemain di atas talian dari didengari orang lain kecuali diri kami. Sony hanya memberikan sebuah fon telinga mono dengan setiap pembelian PlayStation 4. Agak aneh kerana tiada ada seorang individu di dunia yang kami kenali menggunakan fon telinga mono yang disertakan ini. Sebaliknya fon telinga merangkap kit bebas tangan dari sebuah peranti pintar digunakan kerana ia menyokong audio stereo dan mempunyai mic terbina.

SOny-Playstation-fon-telinga-2

Sony hari ini memperlihatkan fon telinga khas yang direka untuk kegunaan pemilik PlayStation 4. Fon telinga ni dari jenis earbud dan turut dilengkapi pengawal bunyi dan mic terbina. Sistem menyaring bunyi luaran AudioShield turut disertakan bagi membolehkan anda bermain tanpa gangguan. Ia dilengkapi bateri yang cukup untuk operasi selama 15 jam. Wayar fon telinga ini disadur dengan fabrik tahan lasak bagi memastikan ia tidak mudah terputus. Ia turut boleh digunakan pada peranti audio lain sekiranya diperlukan. Fon telinga PlayStation ini akan mula dijual di beberapa pasaran dunia 4 Disember hadapan dengan harga jualan €89.99 (~RM 420) sepasang.

SOny-Playstation-fon-telinga-1


TIPS & ULASAN