Cari @ Amanz

Muatan dalaman sebuah iPhone tidak boleh ditambah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2008. Tidak seperti majoriti peranti Android, Apple tidak pernah memberikan sokongan kad MikroSD pada peranti mereka secara rasmi. Oleh itu pilihan muatan dalaman peranti IPhone miliki harus dilakukan pada hari pembelian. Di Malaysia, perbezaan harga jualan sebuah iPhone 6S 16 Gigabyte dan 128 Gigabyte adalah sebanyak RM1000. Ini adalah perbezaan harga yang amat mahal terutamanya ketika negara sedang mengalami masalah kegawatan ekonomi. Tetapi sekiranya anda mahu melakukan penambahan memori dalaman iPhone, anda boleh melakukannya di China.

CCTV memori iphone

Menurut laporan berita CCTV China, kini terdapat perkhidmatan menambah muatan dalaman 16 Gigabyte ke 128 Gigabyte di sebuah syarikat di Chongqing, sebuah bandar yang terletak di Barat Daya China. Modul muatan dalaman sebesar 128 Gigabyte boleh ditambah ke dalam sebuah iPhone pada harga 580 Yuan (RM 390). Pemilik syarikat ini mendakwa beliau sudah melakukan proses penukaran memori dalaman ini kepada lebih dari 70 orang pelanggan. Setakat ini tidak ada pelanggan yang merungut mengatakan peranti mereka gagal beroperasi selepas proses naik taraf. Apa yang dilakukan ini sudah semestinya akan menyebabkan anda melanggar syarat jaminan peranti anda. Tetapi sekiranya anda mahukan iPhone dengan kapasiti lebih besar pada harga yang lebih rendah, anda kini boleh melakukannya di China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd