Cari @ Amanz

Syarikat telekomunikasi tempatan telah memperkenalkan sokongan rangkaian 4G LTE bermula daripada tahun 2013 yang lepas, dan beralih ke fasa seterusnya, kini beberapa syarikat telekomunikasi telah mula menguji rangkaian LTE Advanced di Malaysia.

Kini, Maxis sekali lagi menjadi antara yang terawal menawarkan sokongan rangkaian LTE Advanced kepada pelanggan mereka di beberapa lokasi utama sekitar Lembah Klang. Menurut Maxis, kini melalui rangkaian LTE Advanced, pengguna boleh menggunakan kelajuan rangkaian sehingga 225Mbps.

Maxis tidak berkongsi berkenaan berapakah tapak pemancar baru yang telah disediakan mereka sekitar Lembah Klang. Dari segi lokasi, Maxis mengatakan rangkaian 4G LTE Advanced ini disokong di Bangsar, Hartamas, Kota Damansara, Bandar Utama, TTDI, Damansara Utama, SS2, Bandar Sunway, Sunway Pyramid, puchong, Cyberjaya, dan juga Gardens Mall.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd