Terdapat pelbagai distro Linux di pasaran, dan antara yang popular selain daripada Ubuntu adalah Fedora. Terkini, pembangunnya telah pun melancarkan sistem operasi versi terkini mereka, iaitu Fedora 23.
Fedora 23 hadir dalam tiga variasi berbeza, iaitu Fedora WorkStation, Fedora Server dan juga Fedora Cloud. Penawaran versi berbeza ini membolehkan ia menjadi sistem operasi yang lebih fleksibel dan tertumpu kepada tujuan asal penggunaannya.
Seperti biasa, pelbagai kemaskini perisian dan sistem dibawakan oleh Fedora 23, termasuk penggunaan kernel Linux 4.2. Fedora 23 turut hadir dengan pelbagai perisian baru ini termasuk penggunaan persekitaran desktop GNOME 3.18, serta dilengkapi perisian pejabat LibreOffice 5.0.
Bagi pengguna sistem operasi Fedora sedia ada, anda boleh memulakan proses kemaskini hari ini. Pengguna baru turut boleh memuat-turunnya hari ini secara percuma dan mencuba sendiri pada komputer riba atau desktop anda.
- Muat-Turun Fedora Linux 23