Lima Startup Menarik Dari Malaysia Yang Hadir Ke WebSummit 2015

Lima Startup Menarik Dari Malaysia Yang Hadir Ke WebSummit 2015

Diterbitkan pada November 4, 2015 oleh .

Pada minggu acara WebSummit sedang berlangsung di Dublin. Acara WebSummit merupakan salah satu perhimpunan pelbagai startup serta jenama-jenama besar didalam arena internet. Terdapat pelbagai aktiviti seperti seminar, forum, malah pitching turut diadakan di acara berikut. Pentingnya acara ini untuk startup adalah untuk hadir dan mempersembahkan produk mereka, disamping mencari pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur dalam startup mereka.

Menariknya, terdapat juga startup dari Malaysia yang hadir ke acara tersebut dan berikut adalah antara idea menarik daripada Malaysia yang dipersembahkan di WebSummit 2015:

PostoExpress

PostoExpress

Masihkah anda ingat tentang salah satu startup yang mengumumkan perkhidmatan pengeposan ala-ala Uber, membolehkan seseorang mendaftar sebagai posmen dan menghantarkan barang dari pelanggan? Posto Express pada awalnya diperkenalkan pada acara Jomlaunch dan kini menghadirkan diri ke acara ini dan membuka reruai pameran mereka. Terbaru pada acara ini mereka turut berkongsi yang pengeposan di dalam Lembah Klang dapat dilakukan dalam masa kurang dari 3 jam – sekaligus memperlihatkan peningkatan prestasi dan keupayaan penghantaran mereka dari hari ke hari.

Layari: PostoExpress


Piktochart

Kadang-kala maklumat yang mempunyai pelbagai fakta dan nombor agak sukar disampaikan menerusi bait-bait ayat. Ia lebih senang disampaikan menggunakan infografik. Jika anda kerap melakukan infografik bagi menyampaikan maklumat dan data, mungkin anda sudahpun menggunakan PiktoChart. PiktoChart merupakan startup yang beroperasi dari Pulau Pinang, dan menerusi aplikasi pada laman web, mereka menyediakan perkhidmatan dan tools untuk pengguna mencipta infografik dengan mudah.

Cipta infografik anda: Piktochart 


Evenesis / Venueville

Siapa yang tidak kenal dengan penyedia perkhidmatan pengurusan acara popular tempatan yang sering dipasarkan oleh Cradle, iaitu Evenesis. Menggunakan perkhidmatan Evenesis, menguruskan acara menjadi lebih mudah malah startup ini juga telah menghasilkan satu lagi projek khusus dinamakan Venueville. Melalui Venueville, pemilik ruang acara boleh menyenaraikan ruang mereka, dan bagi pengguna umum pula, mereka boleh mencari ruang-ruang yang sesuai untuk acara mereka dn membandingkan harga serta kapasiti.

Layari: Venue-Ville


Ombré

Jika anda seorang fashionista yang suka bergaya, namun setiap pagi anda selalu membazirkan masa untuk memilih pakaian yang diinginkan, aplikasi Ombré ini mungkin untuk anda. Ia menyediakan aplikasi dengan algoritma yang kompleks untuk mencadangkan feysen yang sesuai untuk pengguna berdasarkan sifat fizikal pengguna serta pakaian yang dimiliki seseorang pengguna. Buat masa ini aplikasinya tidak tersedia untuk dimuat-turun namun pengguna boleh mendaftar untuk mendapatkan akses awal apabila ia dilancarkan kelak.

Daftar Beta: Ombré


Wanderzoom

Wanderzoom

Kadangkala apabila bercuti, anda inginkan jurugambar yang lain merakamkan saat-saat manis anda bersama yang tersayang, dan bukannya anda yang menangkap gambar tersebut sendiri. Startup Wanderzoom menawarkan senarai perkhidmatan jurugambar professional di tempat-tempat percutian tertentu, membolehkan anda memilih jurugambar untuk merakamkan gambar percutian anda di sesuatu lokasi seluruh negara. Penyelesaian seperti ini adalah lebih efektif berbanding membawa jurugambar ke sesuatu lokasi dan menanggung pelbagai kos tambahan. Jika anda seorang jurugambar, anda juga boleh mendaftar pada portal ini dan meluaskan pemasaran perkhidmatan anda.

Layari: Wanderzoom 


Disamping startup ini, terdapat beberapa syarikat lain yang turut mempamerkan hasil kerja dan idea mereka di WebSummit yang berlangsung sepanjang minggu ini. Dengan perkembangan positif ini, mungkin juga kita akan melihat lebih banyak syarikat memasarkan produk mereka pada peringkat antarabangsa – serta menarik lebih ramai pelabur ke pasaran tempatan.

TIPS & ULASAN