Carian
Canon Memperkenalkan Dua Kamera Digital Kompak – Powershot G5 X Dan G9 X
November 4, 2015 Aman

Canon Malaysia hari ini telah memperkenalkan dua kamera baru dibawah keluarga PowerShot G, iaitu PowerShot G5 X dan juga PowerShot G9 X. Seperti biasa, kedua-duanya menawarkan rekaan premium, dan menggunakan teknologi pengimejan terkini Canon – dilengkapi sensor CMOS 1-inci 20,2-megapixel.

Selain daripada penggunaan sensor yang sama, kedua-dua kamera digital kompak ini juga turut dilengkapi dengan pempros imej DIGIC 6, serta menyertakan sokongan WiFi dan NFC pada kamera untuk memudahkan pemindahan gambar. Kedua-dua model ini juga menyokong rakaman video pada resolusi 1080/60p serta kawalan ISO antara 125-12800.

Canon PowerShot G5 X

Canon PowerShot G5 X hadir dengan beberapa ciri-ciri tambahan, termasuk penggunaan skrin view-finder 2.36-juta dot, danmenggunakan lensa 24-100mm / f/1.8-f/2.8.

Canon PowerShot G9 X

Canon PowerShot G9 X pula hanya hadir dengan skrin LCD 3-inci dengan paparan 1040k-dot, serta lensa 28-84mm / f/2.0-f/4.9.

Di Malaysia, Canon PowerShot G5 X akan dijual pada harga RM3199, sementara Canon PowerShot G9 X pula pada harga RM1999.

Komen