Skype Memperkenalkan Butang Perkongsian Di Web – Memudahkan Kongsi Pautan Terus Ke Skype

Skype Memperkenalkan Butang Perkongsian Di Web – Memudahkan Kongsi Pautan Terus Ke Skype

Diterbitkan pada November 4, 2015 oleh .

Skype akhir-akhir ini membawakan beberapa fungsi baru. Beberapa minggu lepas mereka telah memperkenalkan fungsi menggunakan Skype tanpa mendaftar akaun, dan hari ini mereka memperkenalkan penggunaan butang perkongsian Skype di web.

Skype Share

Melaluinya, ia berfungsi seperti beberapa butang perkongsian sosial yang lain, membolehkan pengguna klik pada butang Skype, dan sesuatu pautan akan boleh dikongsikan terus kepada rakan-rakan di Skype. Seperti biasa, pengguna akan diberikan pilihan untuk menambah mesej bersama-sama pautan yang dikongsikan.

Buat masa ini, web yang mengintegrasikan sokongannya masih terhad. Pihak Skype turut menyediakan panduan untuk pembangun web menambah butang perkongsian Skype ke web anda dengan mudah.


TIPS & ULASAN