BlackBerry Akan Menawarkan Kemaskini Sekuriti Android Bulanan Untuk Pengguna PRIV

BlackBerry Akan Menawarkan Kemaskini Sekuriti Android Bulanan Untuk Pengguna PRIV

Diterbitkan pada November 5, 2015 oleh .

BlackBerry PRIV merupakan telefon pintar pertama daripada BlackBerry berasaskan kepada Android, dan mereka telah berkongsi beberapa perkara mengenainya sebelum ini. Hari ini, pengeluar peranti terkemuka memfokuskan kepada sekuriti dan privasi mengumumkan komitmen mereka terhadap penawaran kemaskini sekuriti bulanan untuk BlackBerry PRIV.

BlackBerry Priv

Dengan pelbagai kerentanan baru ditemui dari hari ke hari, kini Google telah mula menawarkan kemaskini sekuriti setiap bulan untuk Android, membolehkan mereka mengatasi pelbagai masalah dengan pantas. Beberapa pengeluar telah turut menyatakan sokongan untuknya, termasuk Samsung dan LG.

BlackBerry mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini terus kepada pengguna BlackBerry PRIV, melainkan sekiranya syarikat telekomunikasi yang menjual peranti berkenaan mengawal penawaran kemaskini berkenaan kepada pengguna mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah BlackBerry akan menjualnya secara rasmi kepada pengguna di Malaysia.


TIPS & ULASAN