Apple Diberikan Paten Komputer Riba Seakan Surface Book Dan Papan Kekunci 3D Touch

Apple Diberikan Paten Komputer Riba Seakan Surface Book Dan Papan Kekunci 3D Touch

Diterbitkan pada November 5, 2015 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini papan kekunci Smart Keyboard iPad Pro sebenarnya tidak meniru peranti Type Cover Surface yang dihasilkan oleh Microsoft. Paten untuk peranti pintar dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan sudah difailkan oleh Apple sejak 2011 lagi. Hari ini pejabat paten Amerika Syarikat akhirnya mengesahkan rekaan inovatif ini sah milik Apple. Di dalam permohonan asal Apple, mereka menunjukkan rekaan sebuah komputer riba dengan skrin dan papan kekunci yang boleh ditanggalkan secara magnetik. Skrin sesentuh yang ditanggalkan ini kemudian masih boleh digunakan dengan papan kekunci komputer riba dan ditambat secara tanpa wayar. Ini adalah rekaan yang boleh kita lihat pada Microsoft Surface Book.

Apple-Paten-Surface

Pada waktu yang sama Apple juga turut diberikan hak paten untuk papan kekunci yang mempunyai teknologi 3D Touch. Papan kekunci dengan nama dagangan Magic Keyboard ini mampu mengesan tekanan jari pengguna ketika digunakan. Apabila tekanan dikesan papan kekunci fizikal ini mampu berfungsi seperti papan kekunci atas skrin yang kita biasa gunakan pada peranti. Sebagai contoh butang “e” boleh memberikan beberapa pilihan buat pengguna. Tekanan biasa akan memaparkan huruf “e” pada skrin. Tekanan lebih kuat boleh memberikan pilihan variasi huruf e seperti ê, é, è dan ë. Pemberian hak rekacipta ini turut bermakna ada kemungkinan teknologi ini mungkin turut akan digunakan pada Surface di masa hadapan. Seperti yang kami pernah tulis dahulu, Apple dan Microsoft mempunyai persetujuan dalam penggunaan teknologi yang dimiliki oleh mereka. Tidak wujud masalah siapa meniru siapa kerana dua syarikat besar ini sudah menyelesaikan masalah ini pada sejak tahun 1994.

Force-Touch-Keyboard


TIPS & ULASAN