Carian
GoPro Disaman Polaroid Kerana Dikatakan Meniru Rekaan Polaroid Cube+
November 5, 2015 Effi Saharudin

Polaroid Cube+ ialah kamera aksi kecil berbentuk kiub yang dilancarkan tahun lalu. Kamera aksi ini adalah usaha Polaroid untuk memasuki pasaran kamera aksi yang didominasi GoPro. GoPro kemudian menghasilkan GoPro Hero4 Session, sebuah kamera aksi kecil yang turut berbentuk kiub. Rekaan Hero4 Session adalah hampir serupa dengan Cube+ dan ini menyebabkan Polaroid memfailkan saman ke atas GoPro Selasa lalu. Polaroid diberikan hak paten kamera berbentuk kiub di Amerika Syarikat pada Mei yang lalu. Sementara itu pihak GoPro mendakwa mereka sudah menerima paten rekaan kamera berbentuk kiub di Eropah pada bulan Mac. Ini menurut mereka membuktikan mereka tidak meniru rekaan Polaroid sebaliknya secara kebetulan mempunyai idea yang sama seperti mereka. Pihak Polaroid kini cuba menghalang jualan Hero4 Session sehingga pihak GoPro membayar ganti rugi kepada pihak mereka.

pOLAROID-CUBE-GOPRO-SESSION

Komen