Cari @ Amanz

Motosikal adalah kenderaan yang paling ideal untuk kegunaan di bandar seperti Kuala Lumpur. Anda boleh menjimatkan kos minyak, tol dan paling penting sekali masa ke tempat kerja menggunakan kenderaan dua roda ini. Tetapi motosikal ialah kenderaan yang bahaya untuk ditunggangi kerana ianya tidak stabil. Luas permukaan tayar yang menyentuh permukaan yang kecil pula membuatkan ia lebih mudah terbabas ketika hujan lebat seperti di Malaysia. Jadi tidak mengejutkan penunggang motosikal adalah kumpulan paling besar yang maut akibat kemalangan menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

yamaha-or2t-prototype-1

Yamaha memperlihatkan konsep kenderaan Leaning Multi Wheel (LMW) terkini mereka yang diberi nama OR2T. Motosikal ini dilengkapi empat buat tayar yang menambah kestabilan motosikal ketika ditunggang. Ia boleh berdiri dengan sendiri tanpa memerlukan tongkat. Apabila mengambil selekoh tubuh motosikal akan “berbaring” sementara keempat-empat tayar mengekalkan luas sentuhan permukaan dengan jalan raya. Ini menjadikan Yamaha OR2T motosikal yang jauh lebih stabil jika dibandingkan dengan rekaan motosikal biasa. Yamaha OR2T bukanlah prototaip LMW pertama mereka. Pada tahun 2007 mereka memperlihatkan Tasseract dan pada tahun 2013 pula mereka memperlihatkan skuter Tricity. Perbezaan OR2T dengan dua prototaip motosikal beroda empat ini ialah jarak di antara roda yang rapat. Rekaan road hadapan Tasseract dan Tricity lebih menyerupai sebuah quadbike daripada sebuah motosikal. Yamaha OR2T masih hanya sebuah prototaip dan tidak akan dijual kepada orang ramai. Adakah anda berminat untuk memiliki motosikal beroda empat seperti Yamaha OR2T sekiranya ia dijual di masa hadapan?

yamaha-or2t-prototype-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd