Meizu M2 Bakal Dijual Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan – Berharga RM599

Meizu M2 Bakal Dijual Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan – Berharga RM599

Diterbitkan pada November 5, 2015 oleh .

Meizu Malaysia hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Lazada Malaysia untuk menjual telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka, Meizu M2. Telefon pintar ini membawakan tanda harga RM599 dan bersempena jualan Lazada Online Revolution, ia akan ditawarkan pada harga RM549.

Meizu M2

Meizu M2 ini adalah telefon pintar bersaiz sedikit kecil daripada Meizu M2 Note. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5-inci IPS LCD pada resolusi 1280×720 pixel, menggunakan cip MediaTek MT6735 1.3Ghz, dan memori sebanyak 2GB RAM.

Bagi rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel f/2.2 dan kamera hadapan 5=megapixel. Meizu M2 menggunakan sistem operasi Android 5.1 dan dilengkapi antaramuka Flyme 4.5.

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh nantikan jualan rasmi dilakukan pihak Meizu Malaysia bermula minggu hadapan melalui laman Lazada.


TIPS & ULASAN