Cari @ Amanz

Mozilla pada minggu ini telah memperkenalkan pelayar web versi terbaru mereka, iaitu Firefox 42 – membawakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan untuk pelayar web 64-bit untuk Windows.

Firefox 42 membawakan pelbagai pengoptimasian dan memfokuskan kepada privasi. Kini, pada ketika anda menggunakan Private Browsing, anda turut boleh mengaktifkan sokongan Tracking Protection, yang mana membolehkan pengguna mematikan sebarang pemantauan yang dilakukan oleh sesuatu web atau iklan.

Firefox Nightly Audio

Satu lagi fungsi baru yang turut disertakan adalah sokongan membolehkan pengguna mute sesuatu tab dengan mudah dengan hanya klik pada ikon indikator pada Mozilla Firefox apabila audio dimainkan – sekaligus memudahkan anda mengetahui dan mengawal sebarang audio yang dimainkan secara mengejut pada pelayar web.

Disamping itu, Firefox turut menambah-baik beberapa perkara lain, termasuk dari segi IPv6, HTML5 dan sebagainya.

Bagi pengguna pelayar web Firefox, anda boleh mengemaskini pemasangan anda hari ini, atau muat-turun fail pemasangan baru dari Mozilla secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd