BSN Bakal Memperkenalkan Mesin Juruwang Maya Tidak Lama Lagi

BSN Bakal Memperkenalkan Mesin Juruwang Maya Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada November 5, 2015 oleh .

Bank Simpanan Nasional telah memperkenalkan penjenamaan baru untuk bank mereka baru-baru ini. Disamping daripada itu, BSN (Bank Simpanan Nasional turut sedang melihat kepada beberapa teknologi baru untuk diintegrasikan bersama-sama perkhidmatan perbankkan mereka.

Juruwang Maya

Terkini, pihak BSN mengatakan mereka ingin memperkenalkan penggunaan juruwang maya. BSN dijangka memperkenalkannya tidak lama lagi, menyasarkannya sebelum penghujung tahun ini.

Melalui mesin juruwang maya ini, mengikut beberapa teknologi yang telah dipertontonkan sebelum ini, ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan pegawai bank terus melalui video. Beberapa perkara boleh dilakukan menggunakannya, termasuk pengurusan akaun bank, pendaftaran kad kredit dan sebagainya.

Menggunakan mesin juruwang maya ini, ia juga turut membolehkan perkhidmatan perbankan disediakan secara maya dipelbagai lokasi seluruh negara, sekaligus membolehkan pengguna membuat urusan bank dimana-mana tanpa perlu ke sesuatu cawangan khusus.

Pihak Bank Simpanan Nasional masih tidak berkongsi maklumat lanjut berkenaan implementasinya buat masa ini, dan siapakah rakan kerjasama teknologi mereka.


TIPS & ULASAN