Carian
Lazada Dalam Perbincangan Bersama Syarikat Telekomunikasi Untuk Penawaran Akses Percuma
November 5, 2015 Aman

Beberapa syarikat telekomunikasi sedia bekerjasama dengan penyedia kandungan dan perkhidmatan untuk menawarkan akses percuma internet. Sebagai contoh, beberapa syarikat telekomunikasi menawarkan akses percuma ke Wikipedia, Facebook, Twitter, WhatsApp dan sebagainya.

Kini, pihak Lazada turut dilihat dalam perbincangan bersama-sama syarikat telekomunikasi untuk membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka secara percuma. Untuknya, pengguna hanya perlu memasang aplikasi Lazada, dan pelbagai penggunaan data ketika menjalankan aplikasi tersebut tidak akan diambil-kira.

Pihak Lazada tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan apakah nama syarikat telekomunikasi yang mereka sedang berbincang bersama – dan bilakah ia akan diperkenalkan.

Komen