Cari @ Amanz

Pengguna Facebook boleh dikatakan dari hari ke hari, dan terkini, melalui pengumuman kewangan syarikat, Facebook mengatakan kini mereka mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna aktif sehari.

Disamping peningkatan angka pengguna aktif harian, pihak Facebook turut mengumumkan yang mana kini video di Facebook di tonton lebih daripada 8 bilion tontonan setiap hari – salah satu angka yang tinggi, dan meningkat sekali ganda berbanding bulan April 2015 yang lepas.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, pelbagai pihak masih mempersoalkan kaedah Facebook menilai pengiraan berkenaan – memandangkan setiap tontonan dikira apabila pengguna menonton sesuatu video melangkaui 3 saat, berbanding YouTube yang mengiranya selepas hanya 30 saat. Facebook juga turut mengaktifkan memainkan video secara automatik pada web dan aplikasi yang tidak digemari ramai pengguna.

Namun, perkembangan ini boleh dikatakan salah satu peningkatan positif untuk pihak Facebook – apatah lagi membolehkan platform mereka terus berkembang dan digunakan untuk tujuan video – sekaligus menarik pengiklan video yang sering mempunyai belanjawan pengiklanan yang lebih tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd