Patch Hari Pertama Call of Duty Black Ops 3 Mencecah Saiz 8 Gigabyte
Artikel Berkaitan

Patch Hari Pertama Call of Duty Black Ops 3 Mencecah Saiz 8 Gigabyte

Diterbitkan pada November 5, 2015 oleh .

Patch hari pertama ialah perkara yang semakin normal yang semakin kerap berlaku dengan setiap penjualan permainan komputer baru. Ini berlaku kerana pihak penerbit permainan mahu mengejar tarikh pelancaran asal sedangkan permainan tidak diperhalusi dengan lengkap sebelum cakera fizikal dicetak. Permainan Call of Duty Black Ops 3 yang mula dijual esok tergulung di dalam kategori permainan yang akan menerima patch hari pertama sebelum ia boleh dimainkan.

Call-of-Duty-Black-Ops-III

Pada konsol PlayStation 4 saiz patch adalah sebesar 2.7 Gigabyte. Pada Xbox One ia mencecah 3 Gigabyte. Paling malang ialah pemilik PlayStation 3 dan Xbox 360 yang perlu memuat turun patch sebesar 8 Gigabyte. Maklumat mengenai patch pada PC tidak pula diketahui.Kesemua patch ini perlu dimuat turun terlebih dahulu bagi memastikan keselamatan dan kestabilan permainan. Diharap patch yang perlu dimuat turun ini akan memperbaiki kelancaran permainan. Ini adalah kerana kadang kala patch yang dihasilkan masih gagal memperbaiki permainan seperti yang kita lihat berlaku pada Batman Arkham Knight,


TIPS & ULASAN