Cari @ Amanz

Facebook seperti ramai sedia maklum, telah mula mengintegrasikan pelbagai perkara dalam arena web pada Newsfeed, membolehkan pengguna menikmati kandungan tanpa perlu meninggalkan platform mereka. Terkini, hari ini Facebook memperkenalkan sebuah fungsi baru dinamakan Music Stories untuk iOS.

Facebook Music Stories

Fungsi yang hanya diperkenalkan di iOS ini membolehkan pengguna mendengar lagu daripada Spotify dan Apple Music yang dikongsikan pada Newsfeed tanpa perlu meninggalkan aplikasi Facebook. Walaubagaimanapun, ia hanya terhad untuk mendengar lagu selama 30 saat sahaja.

Ini sekaligus membolehkan pengguna mendengar sesebuah lagu dalam bentuk sampel, sebelum meninggalkan platform Facebook atau melanggan ke perkhidmatan tersebut.

Facebook masih tidak merancang untuk memperkenalkan sokongan muzik penuh pada perkhidmatan mereka buat masa ini – dan tidak mustahil untuk Facebook memperkenalkannya pada masa hadapan. Mungkin juga kita akan dapat melihat lebih banyak rakan kerjasama diumumkan oleh Facebook sebelum ia diperluaskan ke platform lain selain iOS ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd