Pada masa kini, telefon pintar Android digunakan oleh majoriti pengguna seluruh dunia – mencapai angka lebih daripada satu bilion peranti digunakan seluruh dunia. Kini, dalam mengawal penawaran yang lebih selari dikalangan pengeluar peranti Android, kini Google dikatakan dalam perbincangan bersama pengeluar cip untuk bekerjasama dalam merekabentuk rekaan cipset peranti mudah-alih.
Dengan merekabentuk cipset tersendiri, ia dikatakan akan memudahkan Google dalam memperkenalkan lebih banyak fungsi baru pada Android yang memerlukan integrasi menyeluruh antara perisian dan perkakasan.
Secara kasar, Google dikatakan mungkin mengikut kaedah yang diambil oleh Apple, dimana Apple merekabentuk rekaan cip pada peranti mudah-alih mereka, dan seterusnya ia dikeluarkan oleh pengeluar seperti Samsung dan lain-lain.
Ia tidak diketahui lagi bilakah cipset rekaan Google pertama akan kelihatan, dan tidak mustahil untuk kita melihatnya diimplementasi pada peranti Nexus terlebih dahulu.