Cari @ Amanz

Ramai sedia maklum berkenaan NASA yang sedang membuat kajian ke atas planet Marikh. Mereka telah sedia menghantar prob, selain turut mengumumkan kehadiran cecair pada planet berkenaan. Terkini, NASA turut berkongsi mengenai perubahan atmosfera yang berlaku pada planet berkenaan.

Atmosfera planet Marikh dikatakan pada awalnya lebih tebal daripada sekarang ini, tetapi ia menjadi nipis sejak berjuta tahun lepas disebabkan oleh angin suria. Pada hari ini, ketebalan atmosfera planet berkenaan boleh dikatakan hanya kurang 1% daripada ketebalan atmosfera Bumi.

Angin suria adalah kejadian dimana aliran zarah bercas yang bergerak keluar dari matahari pada kelajuan antara 400 km/s sehingga 500 km/s. Kesan daripada angin suria ini, ia membuatkan pelbagai elemen pada planet berkenaan termasuk oksigen dan karbon dioksida hilang.

Penemuan baru ini memperlihatkan planet Marikh – sekitar 4.3 bilion tahun yang lepas adalah planet yang mesra kehidupan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd