Cari @ Amanz

Google Keep merupakan salah satu aplikasi daripada Google yang memudahkan para pengguna untuk membuat catatan nota pantas, disamping sync nota antara peranti berbeza. Terkini, untuk pengguna iOS, pihak Google turut mengumumkan sokongan memindahkan nota daripada Keep ke Google Docs.

Google Keep iOS

Dengan fungsi ini, anda boleh membuat penyuntingan lanjut untuk sesuatu nota pantas yang dicatatkan anda – dan mengubah ia menjadi dokumen penuh dengan format yang sesuai, serta penambahan lain.

Fungsi yang lebih kurang sama turut telah diperkenalkan untuk pengguna Android dan web tidak lama sebelum ini.

Disamping fungsi baru ini, Google juga turut menambah akses pantas ke Keep, memudahkan pengguna iOS untuk menyimpan sebarang pautan dengan mudah di Keep.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd