Kemas Kini iOS 9.1 Menyebabkan TouchID Gagal Berfungsi

Kemas Kini iOS 9.1 Menyebabkan TouchID Gagal Berfungsi

Diterbitkan pada November 6, 2015 oleh .

Kemas kini sistem operasi dihasilkan bagi membawa fungsi baru dan memperbaiki kerentanan yang wujud. Aneh sekali kemas kini iOS 9.1 yang boleh dimuat turun sejak rabu lalu “menghilangkan” sebuah fungsi penting pada peranti Apple. Terdapat beberapa laporan dari pengguna yang merungut sistem TouchID pada peranti mereka tidak lagi berfungsi selepas kemas kini terkini ini. Mereka kini terpaksa menggunakan sistem kos laluan untuk menyahkunci peranti. Terdapat juga sebilangan kecil pengguna yang mengatakan TouchID masih boleh digunakan tetapi mengambil masa yang lama untuk mengimbas cap jari mereka. Masalah ini dilaporkan oleh pemilik iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus dan iPhone 6s. Pengguna yang telah melakukan kemas kini tidak boleh menyahpasang versi terkini ini. Sekiranya anda menghadapi masalah TouchID ini anda harus menanti kemas kini seterusnya dari Apple untuk menyelesaikannya.

TouchID-masalah-Apple

 


TIPS & ULASAN