Filem Adaptasi The Witcher Diumumkan – Menemui Peminat Seawal 2017
Artikel Berkaitan

Filem Adaptasi The Witcher Diumumkan – Menemui Peminat Seawal 2017

Diterbitkan pada November 6, 2015 oleh .

Siri permainan The Witcher adalah antara RPG yang terbaik pernah dihasilkan. The Witcher III : Wild Hunt yang muncul Februari lalu sudah terjual melebihi 6 Juta unik. Ia mendapat markah ulasan yang tinggi dari pelbagai pihak dan turut mendapat pujian kerana kualiti grafik yang tinggi. Ramai mungkin tidak mengetahui siri The Witcher adalah diilhamkan oleh siri buku yang ditulis oleh Andrzej Sapkowski yang berasal dari Poland. Setakat ini lima buah buku The Witcher telah dihasilkan sejak 1992.

The-witcher-Filem

Siri ini kini akan diadaptasi ke layar perak dan filem pertama akan menemui peminat pada tahun 2017. Ia akan diterbitkan oleh Sean Daniel Company yang sebelum ini menghasilkan filem The Mummy Tomb of Dragon Emperor. Pengarah baru Tomasz Bagiński diberikan tanggung jawab untuk membawa dunia The Witcher ke layar perak. Filem ini masih belum mengumumkan barisan pelakon. Ia adalah percubaan kedua untuk menjadikan filem ini sebuah siri filem. Kali pertama filem The Witcher dihasilkan ialah pada tahun 2001 dan dihasilkan oleh syarikat perfileman dari Poland. Siri filem baru yang bakal dihasilkan ini tidak akan mengikuti sepenuhnya jalan cerita dari siri buku dan permainan video. Siapakah yang anda rasakan layak melakonkan watak Gerald of Rivia?

 


TIPS & ULASAN