Cari @ Amanz

Isu vape ataupun rokok elektronik adalah topik yang hangat di Malaysia sekarang. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah melakukan serbuan terhadap kedai menjual vape di seluruh negara kerana kesalahan menjual produk bernikotin tanpa lesen. Ini mendatangkan bantahan dari pengusaha vape seluruh negara yang terasa diri mereka teraniaya oleh serbuan secara tiba-tiba oleh kerajaan. Pihak kerajaan kini bercadang untuk mengenakan cukai eksais terhadap produk vape dan bukan mengharamkannya terus mengikut perancangan asal.

Jupiter-7

 

Masa depan vape di Malaysia kini agak terumbang ambing. Tetapi di Amerika Syarikat yang turut merupakan negara paling banyak penghisap rokok elektronik ini, sebuah peranti pintar dengan vape terbina telah dihasilkan. Jupiter ialah sebuah telefon pintar Android yang mempunyai sistem vape terbina pada bahagian atas peranti. Ia mempunyai skrin sebesar 5.3″ dan menggunakan Android 4.4. Keistimewaan Jupiter ialah ia mempunyai aplikasi khas yang membolehkan pengguna mengawal bagaimana vape beroperasi dengan hanya menekan skrin sesentuh. Aplikasi ini bukan sahaja dapat mengawal voltan vape malah mengenalpasti perisa vape apakah yang sedang digunakan.Terdapat juga aksesori tambahan berbentuk paip shisha panjang yang boleh dipasang sekiranya diperlukan. Tidak banyak maklumat lain peranti ini diketahui setakat ini kecuali ia akan hadir dalam versi 3G dan 4G. Harga jualan versi 3G ialah $299 (~RM862) manakala versi 4G ialah $499 (~RM2150) sebuah.

Jupiter-vape-4

Jupiter-vape-5

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd