Cari @ Amanz

Oppo telah memperkenalkan Oppo R7s secara rasminya pada bulan lepas, dan kini, dalam masa kurang sebulan, pihak Oppo Malaysia turut telah mengumumkan harga jualan dan penawaran peranti tersebut di Malaysia. Oppo R7s membawakan tanda harga RM1898 untuk pasaran Malaysia, menjadikan ia berbeza RM100 dengan harga jualan Oppo R7 Plus sebelum ini.

Oppo R7s

Oppo R7s membawakan rekaan lebih kurang seperti peranti lain didalam keluarga Oppo R7, hadir dengan skrin 5.5-inci Super AMOLED menggunakan rekaan kaca 2.5D. Ia menggunakan rekaan unibody berasaskan logam, dan hadir dalam beberapa pilihan warna – termasuk warna eksklusif merah jambu dan emas.

Dari segi spesifikasi, ia dijana menggunakan cip Snapdragon 615 1.5Ghz, serta memori sebanyak 4GB RAM. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dilengkapi sokongan PDAF, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Seperti peranti Oppo yang lain, ia turut dilengkapi dengan pengecasan pantas untuk bateri berkapasiti 3070mAh. Oppo mengatakan ia menawarkan masa panggilan selama 2 jam dengan mengecas selama 5-minit sahaja.

Oppo R7s

Dengan penawaran ini, terdapat lima peranti dibawah keluarga Oppo R7 yang ditawarkan di Malaysia, iaitu Oppo R7 Lite berharga RM1298, Oppo R7 pada harga RM1598, dan Oppo R7 Plus pada harga RM1998. Oppo R7s ini diposisikan di atas Oppo R7 dan dibawah Oppo R7 Plus – pada harga RM1898. Pra-tempahan untuk Oppo R7s ini boleh dilakukan dari 7 November hingga 22 November 2015.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd