Microsoft Garage hari ini telah memperkenalkan salah satu pemalam khusus untuk PowerPoint dalam usaha untuk memudahkan pengguna berkongsi fail pembentangan PowerPoint di laman sosial Twitter dan Facebook.
Melalui pemalam Social Share ini, ia mengubah fail pembentangan berkenaan menjadi imej, dan seterusnya membolehkan rakan-rakan anda yang lain melihat bahagian yang dikongsikan.
Anda juga turut boleh memilih untuk berkongsi keseluruhan fail pembentangan yang mana akan dikongsikan di Facebook dalam bentuk album gambar.
Social Share juga turut membolehkan anda berkongsi ia dalam bentuk video – sekiranya anda inginkan pelbagai animasi dan transasi ingin dikekalkan. Pautan ke OneDrive turut boleh ditambah pada perkongsian anda.
Bagi anda yang kerap menggunakan PowerPoint, mungkin boleh memuat-turun pemalam Social Share ini hari ini secara percuma.
- Muat Turun
- Muat-Turun Social Share untuk PowerPoint